Wednesday 1 June 2016

UiTM Dengkil ! Here We Go!

Hai Assalammualaikum, hari ni saya nak share pengalaman saya sepanjang berada di UiTM Dengkil yang terletak di Selangor nih,hari selasa haritu masuk then ahad dah cuti, so sekarang nih siswa siswi tengah relax relax sebelom pulun belajar nanti, hahhaha, okay sebelum tuh saya nak share beberapa info tentang UiTM ini, so first, UiTM ni baru saja dibuka, batch kami 1998 adalah batch kedua, batch pertama adalah batch 1997 dekat UiTM Dengkil ni, itupun diorang sempat merasa hanya satu semester sahaja, so time datang tuh memang bau baru lagilah tempat ni, tak banyak benda lagi yang rosak dan harap tak rosak lah untuk berpuluh puluh tahun akan datang. Majoriti pelajar kat sini berumur 18 tahun sebab dekat sini hanya ada pelajar asasi sahaja, means that UiTM kumpulkan semua pelajar asasi di dalam satu tempat gitu lah, ada empat kos, Law, Engineering, Sains dan TESL. Untuk Law tuh ada dua jenis, satu KPM satu lagi UiTM.

So, first week kami of course lah ada MDS (Minggu Destini Siswa), semuanya okay je, takdelah terok sangat, untuk U kami lah, kalau UiTM lain taktahu lah macam mane, tapi semua tuh standartlah minggu orientasi kan. sakgi dah habis tuh bebas lah balik..
Dekat sini pelajar lebih kurang 4 ribu orang, dan paling ramai terdiri daripada pelajar Sains lebih kurang 2.3 ribu orang.. So rasanya kalau satu tahun nih tak sempatlah korang nak kenal semua orang kan ..

Untuk lelaki ada 3 kolej kediaman, Tualang 1, 2 dan 3 manakala pompuan lak ada dua iaitu Dahlia 1 dan Dahlia 2. So tak banyak yang boleh share sebab taktahu banyak sangat kan, masuk hari selasa haritu, ahad dah balik, enam hari je kan. enam hari je berada di UiTM.. enam hari sahaja saya merasa duduk dalam UiTM...sebab saya dapat tawaran belajar tempat lain, nanti saya share yer.. T_T
So saya ada snap a few pictures dekat kolej kediaman saya, Tualang 1.





- Inilah dia , Tualang 1 ! 

-Dalam locker
- Ada tempat untuk sangkut


- A lot of drawer so korang boleh susun ikot pengelasan barang.
- Ada cermin untuk acah acah
- View dari tingkat bilik
- Dalam 1 rumah ada 3 bilik, dalam 1 bilik ada 2 katil.

- Tandas 1


- Tandas 2


- Sinki
- Ruang untuk last touch up sebelum bergerak ke kelas.
- Suis yang banyak untuk main Dota secara LAN ramai ramai. haha


- Meja camni ada pro and cons dia,
kalau korang prefer dalam bilik
or luar bilik untuk meja belajar korang?

- Ada workboard so korang boleh letak jadual and so on

- Yang suis tengah tuh untuk lampu belajar 
- Rak yang luas
- View dari balkoni rumah saya.

- Dekat balkoni ada ampaian disediakan.

- Dan ituuuu hrm apetuh, tasik kot... nice kan
- Ini dekat balkoni member, view dia boleh nampak PTAR (library).




- View dari rumah member.
- And that is PTAR

-Jalan jalan dengan member dekat IOI Mall




- Breakfast mee goreng tambah telur mata, total RM 2.50

Jadi itulah apa yang saya sempat snap dalam tempoh enam hari dekat situ,harap harap info info bergambar ni bermanfaat untuk korang semua, belajar rajin rajin dan maju terus yer! :D 
Sebenarnya saya tak akan lagi meneruskan pengajian saya dekat UiTM nih sebab saya dapat tawaran SPC dari MARA untuk melanjutkan pengajian dalam kos engineering dekat German Malaysian Institute (GMI). Setelah berfikir masak masak saya mengambil juga offer tuh! harap korang batch 98 dan yang akan datang berjaya dalam pelajaran dekat UiTM tuh yer! Bye :D

No comments:

Post a Comment